Nasib Penjual Cendol



Semalam,

Sedang sibuk melayan ke-asyikkan cendol dan rojak sotong,
Aku dengan kawan aku....
Sedang ranjak berbual..
Sedang asyik menelan rojak..

Tetiba, datang sebuah kereta.
Berenti betul tepi gerai.
Sambil menurunkan tingkap.
Driver tny orang kedai tu direction.
Selepas memahami halu tuju direction yang ditnya tu,

Bos yang duduk di seat belakang ber-blazer dan berjam emas, seperti terliur tengok ktorang makan. ahak!
Then, tanpa turun duduk di kerusi-meja yang disediakan, die mengorder cendol satu.


Seperti biasa, orang kedai tu letak dlm mangkuk mcm dia serve ktorg and mangkuk tu dialas dengan piring yang juga diameter dia sama sperti diameter luas permukaan mangkuk tu. Phm? Tak paham, ulang blk baca. 

Boss berjam emas tu still duduk dalam kereta xnak keluarkan diri. haha..
Cendol yang disediakan tu dibawa ke kereta boss berjam emas tersebut.
Seperti diduga, tahap kelajuan berjalan org yg serve tu lebih kurang 20km/j mengakibatkan  cendol yg dlm mangkuk tu tertumpah sebaik shja cendol tersebut bertukar tangan..
Habis blazer boss berjam emas td terkena cendol..

Suasana menjadi hening.

Seperti yang dijangka, boss berjam emas itu mengherdik penjual cendol tersebut dengan statement,

"Why you serve in this..dont you have any big plate or wut?!!!"

Dengan segeranya, penjual cendol itu  mengambil piring yg lebih besar untuk digntikan dengan piring yang kecik tu..

Boss berjam emas tu pon cakap, "Sorry ah, ada tissue tak"..
Penjual cendol tu pon menghulurkan tisu dengan segera..

Boss berjam emas tu segera menglap2 blazer dia yang tertumpah cendol tadi..
Dia makan dengan rakusnya dan me-request untuk tmbh cendol lg dlm mngkuk dia..

Penjual cendol tu pon dengan segera bawak cendol tambah ke kereta boss berjam emas itu dan tuangkan ke dalam mangkuk dia..

Selesai makan, boss berjam emas tu pon byar harga cendol rm6.00 sebab die byar untuk driver die skali..

Lepas penjual cendol tu ambik duit, die pgll balik penjual cendol tu semula dan menghulurkan rm20 extra..
Konon tips laa kn..
Dan memaksa penjual cendol tu amik..

Kemudian die berlalu pergi..

Okay, sebenarnye, kalau aku jadi penjual cendol tu, aku akan cakap..



'Aku tak hadap la dengan duit ko tu..!!"..

Sekian.



gambar hiasan

2 comments:

haLyZaQiut said...

Ek eleh...apahal poyo sgt org kaya cmtuu...sakit hati bila baca...mcm bagus je...

♥M.I.Z.A♥ said...

Tawu xpe...mmg kerek gle..ntah ape2 jek..time tu tgk pon rasa mcm nk tlg jwbkn jek pg pihak tukang jual cendol..

Copyright 2009 ✿✿ⓜⓘⓩⓐ ⓟⓤⓝⓨⓐ✿✿. All rights reserved.
Bread Machine Reviews | watch free movies online by Blogger Templates