Isteri.


Alhamdulillah.
2 bulan 5 hari menjadi isteri.

Perasaan paling bahagia, dimiliki secara sah.
Menjadi yang halal untuk kamu.
Perasaan cinta, berbunga, berkembang.
Setiap kali kamu ada.

Ya, Allah.
KAU satukanlah kami dan bimbing kami ke jalan diredhaimu.

KAU jadikanlah aku isteri yang solehah disamping suamiku.

KAU kekalkanlah masjid yang kami bina, jadikan kami suami isteri kekal sampai ke syurga.

KAU pupuk kan lah rasa cinta kasih sayang kami terhadapmu dan sesama kami.

Amin.

Amin.
Ya Rabbal a'lamin.

p:s: kahwin itu indah :)

Last Preparation. My wedding vendor.


Salam.

Hi Semua.

Beberapa hari lagi saya akan bertukar status.
Nervous sudah terasa.
Macam2 persiapan sudah setel.
Tinggal nak setelkan doorgift.
Masuk2 kan barang.

Okay,
So this will be quick update pasal preparation wedding saya.

Our official photographer untuk solemnization and reception will be wafiy zamree.
Gambar2 yang ditangkap sangat2 aku admire.
Bole refer link fb die:-

FB: Wafiy zamree
Bridal Boutique: Cinta Wedding Boutique
Catering: D'Jati Catering

So far, good review dengan kerja2 mereka.
Harap2 semuanya berjalan lancar.

Untuk majlis bertandang pulak, our official photographer will be

FB: Awantona Production  - Gambar2 die sangat awesome! :) Thanks to cda sebab tolong rekemen kan . i love you. hehe
Makeup Artist : Hartini Hilmi -Makeup artist ni sangat baik and bertolak ansur. :)

Harap2 dapat bekerjasama dengan baik dengan semua vendor2 ni.
Kita tunggu hasilnya dalam masa beberapa hari ini dan minggu depan.

:)
Bubye



Counting.





23 Days To Go

:)

Pindah rumah


Salam.

Minggu yang memenatkan.
Kemas brg.
Pindah barang.
Kemas rumah.
Cuci rumah.

Phew.

Nasib baik fikri banyak tolong.
Hari2 dia ulang alik kj-> cyber->bukit jalil->kj->bukit jalil->kj.

Ini semua sbb nak pindah brg.

Kami dah dpt rumah sementara waktu untuk
stay lpas berkahwin.

Rumah yang selesa untuk kami berteduh.
Walaupun kecik, tapi kami bersyukur.

Nak ddk bukan nya lma sgt. Sementara menunggu rumah dekat bangi siap dlm stahun lagi.

:)

Terima kasih untuk fikri sebab bertungkus lumus mngangkat barang.

Tak lupa jgk, thanks to my adik yg dtg dr melaka n tolong angkat brg time bulan2 puasa mcm ni. Menguji betul.

Selain tu, thanks jgk dkt ex housemate aku anis n lani yg bnyk bntu kmas2 brg, cuci peti ais..terharu ai..

Jasa kalian semua tetap akan dikenang.


 Small hub :)

Dapur comel . Semoga rajin memasak :p




Tak sabar nak masuk rumah baru.
Hee.
Itu sahaja..
Bubye.

Baju Akad Nikah


Salam Jumaat,

Okay harini mau cerita pasal baju akad nikah.
Baju akad nikah aku decide untuk buat dari beli yang ready made.
Ini semua sebab aku ada aku punya own dream design yg aku nak.
So, memula cari tailor punya lah susah.
Sebab dah nak dekat raya kan.
Ramai tailor dah tak amik tempahan.

Last option, fikri call mak die tanya bole tak tolong jahit kan baju akad nikah kami.
Then, mak die cakap boleh.
Mula2 malu lah jgk.
Belum apa2, dah menyusahkan.
Haish.

Dalam seminggu macam tu baju tu sudah siap dijahit.
Wow.
Cepat. Oh, mak fikri ni memang terer jahit. 
Dulu selalu amik tempahan, tapi sekarang dh tak amik dah.
Lagi-lagi cikgu ERT kan. 
Hehe.


Then, fitting2, adjust2 skit, sudah siap.
Tinggal nak jahit lace and beading.
So, aku decide biar aku jahit beading and lace sendiri jek.
Malu dah nak menyusahkan mak fikri lagi.
Sebab mak fikri ade banyak lagi baju adk beradik yang die kena jahit. 
Baju sedondon yang akan diorg pakai time bertandang aku nanti.


Dengan ini, bermulalah sesi masukkan benang dalam jarum..haha
Sekarang sudah hampir siap jahit lace, beading belum siap lagi..
Erkk..mati kalau pakai baju separa siap nanti.

Actually aku rasa baju nikah aku ni sangat sentimental value. 
Dah lah bakal MIL yang jahitkan.
Lace and beading, sendiri plak yang jahit.
Ade rasa kesusahan and berhati2 dalam menyiapkan baju ni.
Jadi, baju ni akan disimpan untuk kenangan.
Hoho

As for now,
Aku kasi teaser skit.




Terer jahit tu tak terer sangat lah.
Tapi boleh lah.

Kaler white silver.

:)

Okay bubye~


Packing.


Hye semua.
Salam ramadhan :)
Selamat berpuasa.

Lama tak update blog.
Saya bukan lagi blogger tegar.
Phew.
Terlalu busy dgn hal2 yang tak dapat nak dielakkan.

Tambahan lagi sekarang hjung minggu je, cabut g cari barang kawin.

Memang susah nak dapat masa berlepak2 rileks dekat rumah.

Mudah2an, segala yang dirancang berjalan dengan lancar..kita hanya merancang. Segalanya, Allah yang akan tentukan..

Sekarang ni, tengah sibuk mengemas. Nak pindah rumah. Huhu. Aku dgn fik dh dpt rumah untuk stay after kwin  sementara rumah yang kami beli siap.

So untuk sementara waktu ni, fik duduk rumah tu dulu. Aku pulak duduk rumah kakak aku sbb die pn baru pindah n stay sorang2.

Jadinya.sekarang, bilik aku dh macam kapal karam sbb tgh packing2..
Dengan peti ais tak kemas lg nak angkat hujung minggu ni. Mesin basuh lagi.

Bulan puasa plak tu. Dugaan betul. Tapi takpe, cepat buat, cepat setel.

Haih. Okaylah.

Mau sambung mengemas.
Rasa macam makin packing, makin berterabur barang.
Haha.

Semogaa esok semua bangun sahur ye.
Bye2! 

First Home




Our 1st Home. 
Expected to be ready on early 2015. 
I am so happy.
Feel blessed.
Alhamdulillah.
:)


Current life.


Assalamualaikum.

Hi.

Lamakan sudah tidak update.

Hee.
Currently sudah acah-acah busy dengan persiapan wedding.
Sibuk mencari bunga2 hantaran.
Sibuk mencarik kain2 dan baju untuk saudara mara.
Sibuk menyiapkan benda apa yang belum disiapkan..
Maklumlah.
Hari bahagia makin lama makin dekat.
Ada lagi 3 bulan ++ dah nak bertukar status.

Semoga semuanya berjalan lancar.
Semoga semunya dipermudahkan oleh-NYA.
Alhamdulillah.
Syukur Ya Allah, ada beberapa berita baik terjadi dalam hidup kami kebelakangan ini.


1) Encik tunang lepas interview company ape ntah sampai 4 stage interview nye dan diterima masuk bekerja. Dia cakap saja nak tukar angin. Aku ni yg tak tukar-tukar angin lagi. Bila ntah nya. haha. Tahniah ye awak. Semoga awak sentiasa dimurahkan rezeki. Amin. Nanti gaji pertama, jangan lupa saya :p

2) Baru-baru ni , kami ada bercadang untuk beli rumah. Nak dijadikan cerita, rumah tu plak kakak aku yg design. So segala plan and update aku dapat terus menerus dari dia. Baru tadi, developer rumah tersebut call      bagitahu harga sudah finalize and lock rumah tersebut kalau nak. Tak sangka, harga rumah tersebut murah dari yang kami anggarkan. Alhamdulillah. Semoga proses nak dapatkan rumah pertama kami berjalan dengan lancar. Perasaan untuk dapatkan rumah pertama sangat tak terkata. Happy kot! Dah terbayang2 nak hias rumah macam mana. Nak tanam pokok apa depan rumah. Hehe.

3) Alhamdulillah, Allah sudah makbulkn doa2 kami dan doa ibu bapa kami. Kakak ipar aku pregnant ! :) Semoga baby dan ibu baby dalam keadaan sihat walafiatt..Saya nak dapat anak buah lagi ! huhu..

4) Baru-baru ini. Best friend aku, Matun sudah bertunang! Welcome to the club babe. :) happy untuk beliau.
Dia sangat gojes okay . hehe. 


Disebalik gembira, ada berita sedih.

Ibu kepada kakak ipar aku no 2 sudah kembali ke rahmatullah. Inalillahiwainailaihirojiun. Semoga arwah ditempatkan dikalangan golongan beriman. Amin. Arwah baik sangat. Aku sempat ziarah arwah 2 kali semasa dekat hospital. Terkesan jugak dengan pemergian arwah. Tambahan tak sempat ziarah semasa dikebumikan sebab aku takde dekat KL. Sob sob. Setiap yang hidup, pasti akan kembali kepada penciptanya. Memberi keinsafan pada diri aku. Semoga kakak ipar aku dan keluarga tabah menghadapi. 
Al-fatihah untuk arwah.


Sekian itu sahaja update dari aku.
Tiba-tiba sahaja mood utuk berblogging kembali.

Bye.
:)










Auto Pay


Suatu hari,

Selepas penat pulang dari kerja.
Dengan mengendang beg laptop, hand beg di tepi dan memegang payung sambil berjalan ke basement parking.

Nak dijadikan cerita lagi, kesihatan haritu kurang memuaskan.

Sampai di depan autopay,
Aku masukkan tiket, dan skeping note seringgit.

Kemudian, aku tggu, tggu untuk mesin kasi balik printed tiket.

Tunggu, tggu lagi masih xde tiket.

'Mati lah aku problem ape ni xnk kasi tket balik'.

' Adeh, tak larat nak jalan g management office die -.-' '

Terkuat mungkin keluhan aku.

Tiba2 terdengar suara,

' Adik, duit jatuh tu,mesin reject duit tak perasan ke. Tak mati lagi aih.'

Aku pon menjawab kembali kepada mesin autopay tu,

'Oh, okay'.

Misteri mesin autopay bercakap bikin muka gua jadi merah.

Wedding Preparation : Part 1


Hai hai hai semua

:)

Harini terasa seperti mau berblogging pasal wedding preparation.
Setakat ni, aku dah mula dah buat preparation wedding.
Aku dah start beli benda apa yang bole beli.
Dah start booking benda apa yang kena booking.

Alhamdulillah semua dah booked and bayar deposit.
Sebenarnya nak booked untuk tarikh..
Takut vendor yang kita berkenan tu, nak sangat vendor tu tapi date dah tak available..
Orang dah amik date tu.
Sebab tu lah kami cepat2 byar deposit utk lock date.
Takut menyesal di kemudian hari.
Hehe.

Okay sekarang misi untuk men-survey baju yg nk pkai time bertandang dengan time akad nikah.
Sebab belah fikri kami mungkin tak sewa baju dekat bridal boutique..
Kami buat sendiri baju.
Nanti untuk ank cucu bole lah kasi turun menurun harta pusaka.
Kihkih.
Sentimental value. 
Tapi baju tu kami nak yang bole dipakai semula untuk ke majlis kahwin or any occasion. 
Sebab kalau sewa baju kahwin pon dh nk cecah 500.
So kami decide nk buat sahaja or beli yang dh siap.

Lain orang, lain fikiran die kan.
:)

Okay, pasal doorgift pulak, pening kepala sekarang ni. 
Taktawu nak kasi doorgift apa. 
Still mencarik benda yang orang bole re-use blk. 
Macam jar tu aku dh suka dah the idea.
Atleast guest bole guna blk kan jar tu ltk gula garam.
still mensurvey.


Doakan semoga preparation wedding kami berjalan dengan lancar.
Amin.














Chinese New Year Holiday


As Salam,

Masih belum terlambat untuk menucapkan Happy Chinese New Year kepada yang menyambut.

Okay, cuti cny yang panjang haritu, aku menghabiskan masa dengan berkualiti.
Maklumlah, baru baik demam.
Haha.

Jadi ceritanya, kami bercuti dekat KL, PD, Pantai Klebang kemudian ke KL semula.
Semuanya gara-gara adik bongsu aku, hakim yang datang kl bercuti.



Muka excited berjalan

Kami bawak budak tu ber jalan2 KL shopping.
Aku yang shopping, bukan dia yang shopping.
haha

Okay, kemudian kami balik seremban. Rumah Fikri.
Aku suka rumah fikri tu sebab ade budak2 banyak dengan kampung die yang tenang.


uncle melayan anak buah main layang2 yang tak terbang2.


Hakim yang cuba menjadi baby sitter. 


Sampai seremban, malam, kami g makan2 steamboat dekat mne ntah aku pon tak tawu. haha
Sedap jgk steamboat die tu.

Bergilir-gilir jaga rania sebab semua nak makan. haha. 

Esoknya, kami ke PD. 
Saje nak bermandi manda dekat pantai.

Time ni usha-usha port dulu..mana best..

Ramai gila dekat PD

Hah ! sini okay..tak ramai orang.






Lepas bermandi mnda, pecut balik rumah balik sebab malam rumah fik ade buat BBQ !
Bakar ayam, kambing..nyum3..

Esoknye pulak kena hantar adik aku g Melaka balik asrama.
Lepas hantar , kami singgah makan dekat town, 
Jalan-jalan dekat jonker walk..

Macam-macam ada


Melaka kan terkenal dgn peranakan baba nyonya.


Chinese new year. Memang ramai ler orang dekat sini berjalan2


Welcome, no photo. Dah amik gambar baru baca..oppss..



Funny Egg ! 


then kami ke pantai klebang.
Ini kali kedua kami ke pantai klebang tu. 
First2 sampai, kami beli coconut shake sambil feeling2 minum layan angin. 


nampak tak muka layan coconut shake.

Abaikan superman kenyit2 mata tu :p

Kat sini lah kami beli coconut shake.

ade kudaaa!! Anak kuda comell.


Macam padang pasir pulak



Ramai budak2..

Kalau ada unta pon macam lagi seronok kot. Dah macam padang pasir arab.

Ini bapak kuda. Rasanya naik kuda rm5 kot sebab ternampak orang bayar rm5. hehe

Angin memang kuat gila sampai rasa nk terbang.
Tngok angin macam tu, aku pon teringin nak main layang2. 
Fikri layan kn aje aku. haha
Kami beli layang2 tepi2 jalan banyak orang jual.. harga rm35..mahal jgk layang2 rupanya..
Tambah extend tali kasi lagi panjang lagi, kena tambah lagi RM5. 
Sob sob..ini semua untuk main layang3..
Memang senang gila nak naikkan layang2 tu..
Lepas jek die dah terbang tinggi.
Tak perlu berlari macam dulu-dulu main dekat rumah..haha


Ini layang2 ularr. Teruja gila tengok !




Fikri tengah menaikkan layang2 dengan berhandbag ;p


Aku tarik2 jek layang2 yang dah naik. hehe..





Tu layang-layang kami.. Nama dia squidward sebab dia sama mcm squidward.




Tarik jangan tak tarik..huhu


Layang-layang ular lagi.


Semangat betoi die tarik.

Budak sebelah ni layang-layang dia batman. Suka nk sabotage layang-layang aku.



Agak sejam jugak lah aku main layang2 leka dekat situ..haha
Macam2 layang2 datang nk sabotage layang2 aku.
Tapi die masih gagah terbang tinggi. 
Siap main layang-layang sape lagi terbang tinggi.
Layang2 aku no 2 terbang tinggi.
Sebab ada lagi layang-layang yang terbang lagi tinggi.
Fikri cakap, dia mesti extend tali lagi panjang tu sbb kami punya tali dh hampir habis pon tak mampu nk lawan layang2 die..ciss..

Habis main, kami pulang dengan gembira.
Jem sikit jek untuk sampai KL sebab fikri orang N9..die tawu jalan lain selain plus utk ke kl.
Selamat sampai KL
:)



















Punca demam.


As Salam,

In a mood berblogging.
:)

Demam aku ni dah getting better. Tapi die sekarang jadi on off on off plak. Kadang-kadang badan rasa  panas sgt. Kadang2 jari2 tangan, jari2 kaki jadi sejuk. Mungkin antibody tengah berusaha melawan lagi. Mudah-mudahan cepat baik. Amin. Allah uji dengan kesakitan untuk hapuskan dosa2 aku yg ada. Terima dengan redha. Berat pon bukan main turun ber-kg2 demam kali ni..suka! haha..itu jelah yg sukanya.

Cerita aku boleh demam nya begini,
Hari ahad, aku, kakak aku, tunang kakak aku, dgn adik aku g bershopping dijalan tar.
Ini semua disebabkan adik aku yg nk mencarik tudung ade manik2 atas kepala tuh. 
kitorang dh survey dekat downtown seri kembangan, mahaii gila..harga nak 32 ke atas semua..
Aku ckp kt adik aku, sabar2, esok kita g jalan tar.
Okay so sampai jalan tar, pasar dekat situ pon dh bukak. Jalan2 jumpa yg 20 ringgit. Aku ckp kt adik aku, nt dulu, jgn beli lagi..jalan dulu..
Kami teruskan berjalan, jumpa yg harga 18 ringgit..pastu jumpa lagi yg harga 15 ringgit.
Paling murah dekat muaz textile rm11.80.
Tapi macam die potong tak sama tudung tu sebab bila lipat jadi segi tiga, tak sama.

Kami shopping blouse jelah dekat muaz tu..murah gilaa.. satu blouse 18 ringgit ja..haha

Okay jalan punya jalan, kami tak jumpa dh kedai yg okay dr hrga 15 ringgit tu.
Sedar tak sedar,
Kami dh pusing jalan tar tu 3 round. haha!
Sebab nak mencarik tudung.
Carik cadar lah.
Carik blouse utk mak lah dan bermacam2 lagi.

Sampai kakak aku ngn tunang dia ckp, bole patah kaki ikut kami berjalan. Sebab jalan laju..haha
Dah selesai membeli belah, 
Kami balik dengan hati yg girang.
Puas hati sebab kami beli benda banyak tapi harga berpatutan.
Takde timbul rasa menyesal.


Esoknya,
Aku demam! 
Tudung dapat, baju dapat, kopok lekor sedap dapat, demam pon mmg mendapat lah.

:) 

cubaan buat muka sama.

Ini kakak saya. 

Senyum2 kambing.


Hah! budak ni pakai tudung baru, baju baru. Kihkihh. 


Dalam sogo pon bolee bergambar. 


ps: ade orang suruh update blog. gua dah update dah ni. hehe. Tak komen jaga ! Amaran ! :p

Demam.


3rd day. Hari ketiga demam tak kebah-kebah. Hopefully, esok sudah sihat untuk bekerja. Macam-macam kerja lagi yang perlu dibuat. Macam- macam kerenah client lagi yg perlu dilayan.

Dating. Sunday.


As Salam,

Sunday,
We decided to not even looking on any work today as sunday is our rest day.
Kami mulakan dgn berjalan2,lunch  and shopping di mines. Tujuan utama ke mines is untuk mengutip free gift.
Selesai amik free gift, agenda bertukar ke shopping!
Kami ke daiso and bought some housing stuff. Kemudian ke ikea. Kemudian ke shah alam untuk dinner.
Wow bukan main berjalan.

Perfect day. 
I was so happy :)

Thank you fikri for the treats !

Esok sudah mula bekerja and mengharapkan permulaan minggu yang baik. 
Amin.




Lunch at Toast Box. 
Self Service Please. 


Ini bukan kes buli.
Semenjak handphone hilang kena pick pocket, 
Fikri menjadi tukang bawak handbag aku dlm shopping mall..


Amik free gift ! 
Happy me.
:)


The Loaf untuk minum petang.
Kihkih. 


Happy 2013.


Salam.

:)

2013 sudah datang.
Alhamdulillah masih lagi diberikan kehidupan oleh Allah S.W.T.

Selamat tahun baru. 

Semoga tahun 2013 ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Tahun ini jgk, tahun aku akan menamatkan zaman bujang. In shaa Allah.
Benda yang sangat besar bagi aku.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.

Macam-macam benda tak setel lagi disebabkan kesibukkan kerja.

Semoga semunya baik-baik.

Again,

Happy 2013 !

Copyright 2009 ✿✿ⓜⓘⓩⓐ ⓟⓤⓝⓨⓐ✿✿. All rights reserved.
Bread Machine Reviews | watch free movies online by Blogger Templates