Current life.


Assalamualaikum.

Hi.

Lamakan sudah tidak update.

Hee.
Currently sudah acah-acah busy dengan persiapan wedding.
Sibuk mencari bunga2 hantaran.
Sibuk mencarik kain2 dan baju untuk saudara mara.
Sibuk menyiapkan benda apa yang belum disiapkan..
Maklumlah.
Hari bahagia makin lama makin dekat.
Ada lagi 3 bulan ++ dah nak bertukar status.

Semoga semuanya berjalan lancar.
Semoga semunya dipermudahkan oleh-NYA.
Alhamdulillah.
Syukur Ya Allah, ada beberapa berita baik terjadi dalam hidup kami kebelakangan ini.


1) Encik tunang lepas interview company ape ntah sampai 4 stage interview nye dan diterima masuk bekerja. Dia cakap saja nak tukar angin. Aku ni yg tak tukar-tukar angin lagi. Bila ntah nya. haha. Tahniah ye awak. Semoga awak sentiasa dimurahkan rezeki. Amin. Nanti gaji pertama, jangan lupa saya :p

2) Baru-baru ni , kami ada bercadang untuk beli rumah. Nak dijadikan cerita, rumah tu plak kakak aku yg design. So segala plan and update aku dapat terus menerus dari dia. Baru tadi, developer rumah tersebut call      bagitahu harga sudah finalize and lock rumah tersebut kalau nak. Tak sangka, harga rumah tersebut murah dari yang kami anggarkan. Alhamdulillah. Semoga proses nak dapatkan rumah pertama kami berjalan dengan lancar. Perasaan untuk dapatkan rumah pertama sangat tak terkata. Happy kot! Dah terbayang2 nak hias rumah macam mana. Nak tanam pokok apa depan rumah. Hehe.

3) Alhamdulillah, Allah sudah makbulkn doa2 kami dan doa ibu bapa kami. Kakak ipar aku pregnant ! :) Semoga baby dan ibu baby dalam keadaan sihat walafiatt..Saya nak dapat anak buah lagi ! huhu..

4) Baru-baru ini. Best friend aku, Matun sudah bertunang! Welcome to the club babe. :) happy untuk beliau.
Dia sangat gojes okay . hehe. 


Disebalik gembira, ada berita sedih.

Ibu kepada kakak ipar aku no 2 sudah kembali ke rahmatullah. Inalillahiwainailaihirojiun. Semoga arwah ditempatkan dikalangan golongan beriman. Amin. Arwah baik sangat. Aku sempat ziarah arwah 2 kali semasa dekat hospital. Terkesan jugak dengan pemergian arwah. Tambahan tak sempat ziarah semasa dikebumikan sebab aku takde dekat KL. Sob sob. Setiap yang hidup, pasti akan kembali kepada penciptanya. Memberi keinsafan pada diri aku. Semoga kakak ipar aku dan keluarga tabah menghadapi. 
Al-fatihah untuk arwah.


Sekian itu sahaja update dari aku.
Tiba-tiba sahaja mood utuk berblogging kembali.

Bye.
:)










Copyright 2009 ✿✿ⓜⓘⓩⓐ ⓟⓤⓝⓨⓐ✿✿. All rights reserved.
Bread Machine Reviews | watch free movies online by Blogger Templates