Pindah rumah


Salam.

Minggu yang memenatkan.
Kemas brg.
Pindah barang.
Kemas rumah.
Cuci rumah.

Phew.

Nasib baik fikri banyak tolong.
Hari2 dia ulang alik kj-> cyber->bukit jalil->kj->bukit jalil->kj.

Ini semua sbb nak pindah brg.

Kami dah dpt rumah sementara waktu untuk
stay lpas berkahwin.

Rumah yang selesa untuk kami berteduh.
Walaupun kecik, tapi kami bersyukur.

Nak ddk bukan nya lma sgt. Sementara menunggu rumah dekat bangi siap dlm stahun lagi.

:)

Terima kasih untuk fikri sebab bertungkus lumus mngangkat barang.

Tak lupa jgk, thanks to my adik yg dtg dr melaka n tolong angkat brg time bulan2 puasa mcm ni. Menguji betul.

Selain tu, thanks jgk dkt ex housemate aku anis n lani yg bnyk bntu kmas2 brg, cuci peti ais..terharu ai..

Jasa kalian semua tetap akan dikenang.


 Small hub :)

Dapur comel . Semoga rajin memasak :p




Tak sabar nak masuk rumah baru.
Hee.
Itu sahaja..
Bubye.

Baju Akad Nikah


Salam Jumaat,

Okay harini mau cerita pasal baju akad nikah.
Baju akad nikah aku decide untuk buat dari beli yang ready made.
Ini semua sebab aku ada aku punya own dream design yg aku nak.
So, memula cari tailor punya lah susah.
Sebab dah nak dekat raya kan.
Ramai tailor dah tak amik tempahan.

Last option, fikri call mak die tanya bole tak tolong jahit kan baju akad nikah kami.
Then, mak die cakap boleh.
Mula2 malu lah jgk.
Belum apa2, dah menyusahkan.
Haish.

Dalam seminggu macam tu baju tu sudah siap dijahit.
Wow.
Cepat. Oh, mak fikri ni memang terer jahit. 
Dulu selalu amik tempahan, tapi sekarang dh tak amik dah.
Lagi-lagi cikgu ERT kan. 
Hehe.


Then, fitting2, adjust2 skit, sudah siap.
Tinggal nak jahit lace and beading.
So, aku decide biar aku jahit beading and lace sendiri jek.
Malu dah nak menyusahkan mak fikri lagi.
Sebab mak fikri ade banyak lagi baju adk beradik yang die kena jahit. 
Baju sedondon yang akan diorg pakai time bertandang aku nanti.


Dengan ini, bermulalah sesi masukkan benang dalam jarum..haha
Sekarang sudah hampir siap jahit lace, beading belum siap lagi..
Erkk..mati kalau pakai baju separa siap nanti.

Actually aku rasa baju nikah aku ni sangat sentimental value. 
Dah lah bakal MIL yang jahitkan.
Lace and beading, sendiri plak yang jahit.
Ade rasa kesusahan and berhati2 dalam menyiapkan baju ni.
Jadi, baju ni akan disimpan untuk kenangan.
Hoho

As for now,
Aku kasi teaser skit.




Terer jahit tu tak terer sangat lah.
Tapi boleh lah.

Kaler white silver.

:)

Okay bubye~


Packing.


Hye semua.
Salam ramadhan :)
Selamat berpuasa.

Lama tak update blog.
Saya bukan lagi blogger tegar.
Phew.
Terlalu busy dgn hal2 yang tak dapat nak dielakkan.

Tambahan lagi sekarang hjung minggu je, cabut g cari barang kawin.

Memang susah nak dapat masa berlepak2 rileks dekat rumah.

Mudah2an, segala yang dirancang berjalan dengan lancar..kita hanya merancang. Segalanya, Allah yang akan tentukan..

Sekarang ni, tengah sibuk mengemas. Nak pindah rumah. Huhu. Aku dgn fik dh dpt rumah untuk stay after kwin  sementara rumah yang kami beli siap.

So untuk sementara waktu ni, fik duduk rumah tu dulu. Aku pulak duduk rumah kakak aku sbb die pn baru pindah n stay sorang2.

Jadinya.sekarang, bilik aku dh macam kapal karam sbb tgh packing2..
Dengan peti ais tak kemas lg nak angkat hujung minggu ni. Mesin basuh lagi.

Bulan puasa plak tu. Dugaan betul. Tapi takpe, cepat buat, cepat setel.

Haih. Okaylah.

Mau sambung mengemas.
Rasa macam makin packing, makin berterabur barang.
Haha.

Semogaa esok semua bangun sahur ye.
Bye2! 

Copyright 2009 ✿✿ⓜⓘⓩⓐ ⓟⓤⓝⓨⓐ✿✿. All rights reserved.
Bread Machine Reviews | watch free movies online by Blogger Templates